Digitalisasi Platform Perniagaan
Digitalisasi Platform Perniagaan Membantu Dalam Memacu Prestasi Jualan dan Pengiklanan
Image by Freepik
Realisasikan Peningkatan Permintaan Produk/servis
Raih bakal pelanggan yang berkualiti, mudah untuk berurusan dan hanya tinggal close-deal. Menang pada setiap kali pesaingan merebut pelanggan di Google yang merupakan antara lubuk pelanggan terbesar di internet. Miliki laman web yang menyelesaikan kemusykilan pelanggan dan seterusnya meyakinkan pelanggan untuk terus berurusan dengan perniagaan anda.
Jadikan tindakan ini merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan sepanjang menjalankan perniagaan.
Selesaikan Masalah Berikut dengan Segera!
Lambat Close-Deal
Pelanggan yang masuk masih banyak pertanyaan berkaitan produk/servis. Terpaksa untuk adakan sesi penerangan setiap kali hadir pelanggan baru.
Gagal Memahami Data
Tidak pasti atau keliru dengan tindakan susulan yang wajib dilakukan setelah memperoleh data maklumat prestasi pengiklanan di internet.
Kos Pengiklanan Tinggi
Terpaksa berterusan menanggung kos pengiklanan yang tinggi akibat terlalu bergantung kepada harga bidding iklan.
Salah Lubuk Pelanggan
Berterusan dalam membazirkan kos untuk mengiklankan produk/servis pada individu yang tidak berkeinginan dan tiada kemampuan.
Takut Akan Perubahan
Masih bergantung sepenuhnya pada cara tradisional kesan daripada kegagalan memahami dan takut akan perubahan teknologi.
Mensia-siakan Platform
Tiada langkah susulan untuk memperkasa platform digital yang telah diwujudkan sehingga timbul sangkaan tidak benar mengenainya .
“Pelaksanaan Langkah Permulaan Akan Membawa Kepada Pelbagai Perubahan Yang Mengujakan“
Photo by krakenimages on Unsplash
Portfolio Kejayaan
FazzFigura.com
Strategi SEO:
Menggunakan perkataan ‘Servis Mural dan Lukisan‘ sebagai kata carian utama yang akan membawa pengunjung ke laman web perniagaan milik Fazz Figura. Berjaya berada di muka #1 hasil carian Google dalam tempoh kurang daripada 6 bulan.

ServisCatRumah.com
Strategi SEO:
Menggunakan perkataan ‘Servis Tukang Cat Rumah‘ sebagai kata carian utama yang akan membawa pengunjung ke laman web perniagaan milik TSY Smart Renovation. Peningkatan permintaan servis yang sangat mengejutkan hasil pengiklanan di Google Ads.

BeitAzzahra.com
Strategi SEO:
Menggunakan perkataan ‘Best Homestay in Kuantan‘ sebagai kata carian utama yang akan membawa pengunjung ke laman web perniagaan milik Beit Azzahra. Berada di muka ke #2 hasil carian Google, tanpa sebarang pengiklanan berbayar.

AimanPlasterCeiling.com
Strategi SEO:
‘Pemasangan Plaster Ceiling Murah‘ sebagai kata carian utama yang akan membawa pengunjung ke muka utama laman web. Walaupun mengambil masa melebihi 6 bulan untuk berada di muka #1, namun permintaan servis sentiasa berterusan dari hari pertama laman web diiklankan.

UstazSalim.com
Strategi SEO:
Menggunakan perkataan ‘Ibadah Aqiqah di Mekah ‘ sebagai kata carian utama ke laman web. Hasil pengiklanan di Google Ads dengan kos yang minima, laman web berjaya terpapar di muka #3 carian di Google.

TSYDaftar.com
Strategi SEO:
‘Servis Daftar Lesen CIDB‘ sebagai kata carian utama yang akan membawa pengunjung ke laman web TSYDaftar.com. Hanya mengambil masa 4 bulan untuk berada di muka #1 hasil carian di Google.

Mengapa Pentingnya Laman Web Anda Untuk Berada di Muka Terawal Hasil Carian Google?
Bakal pelanggan akan beranggapan bahawa laman web anda merupakan hasil cadangan Google untuk carian yang terbaik antara yang terbaik.
Hasil kajian yang dilakukan Zero Limit Web, hanya 5.59% daripada pencari maklumat akan meneruskan carian ke muka ke-2 dan ke-3. Rugi jika laman web berada di muka ke-4.
Google akan memaparkan maklumat yang paling berkaitan, menepati kriteria dan mesra pelanggan pada setiap hasil carian yang dilakukan oleh pelanggan.
Bayangkan pada setiap kali hasil carian yang berkaitan terpapar, Google akan menyenaraikan page dari laman web milik anda. Ini adalah misi utama bagi Digitalisasi Platform Perniagaan.
Google tidak mengenakan bayaran untuk memaparkan laman web anda di muka pertama atau ranking paling atas sekalipun kerana hasil paparan adalah berdasarkan isi kandungan.
Page laman web anda akan berterusan berada di tingkat yang terbaik selagi mana ianya relevan, dikemaskini dan membantu menyalurkan maklumat yang tepat kepada pelanggan.
Sasaran Modul Pembelajaran
Perkara yang akan peserta pelajari dan kuasai dengan menyeluruh hasil daripada sesi pembelajaran:
Website UX/UI Design
Sedar tentang kepentingan laman web kepada perniagaan.
Memperkasa penggunaan laman web sebagai platform utama di internet.
Mahir dalam meningkatkan ranking/kredibiliti laman web di Google.
Peka dengan tindak tanduk pelanggan/pengunjung dalam usaha memastikan peningkatan hasil jualan perniagaan.
Mahir mengendalikan laman web dalam tempoh 3 bulan — fungsi, kaedah dan penjagaan laman web.
Mengenal pasti punca/masalah kecil yang biasa berlaku kepada laman web.
Mempraktikkan amalan baik dalam memperkasakan digitalisasi platform perniagaan.
Pengiklanan di Google Ads
Mahir mengendalikan Google Ads.
Kuasai langkah-langkah menghasilkan iklan yang baik.
Arif dalam memantau prestasi iklan.
Memahami item-item penting di Google Ads yang akan mempengaruhi prestasi iklan.
Menguasai penggunaan laras bahasa ‘menjual’ yang sesuai dan berkesan.